Saturday, August 18, 2012

Selamat Hari Raya

Assalammualaikum buat semua blogger,hari ini dah masuk hari terakhir buat semua umat islam menjalani ibadah puasa pada tahun ini.. Semoga ibadah kita tahun ini akan diberkati olehnYa.. 
Tapi rasa sayang nak meninggalkan bulan puasa yang penuh rahmat ini,rasa sekejap sahaja masa berlalu.
Berharap semoga tahun depan masih diberi kesempatan dan dipanjangkan umur untuk menjalani ibadah puasa.. 
Saya juga ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya aidilfitri dan ampun maaf dipinta buat sahabat handai dan kaum keluarga andai ada tersalh kata dan tersilap apa-apa,harap dimaafkan.
Buat semua yang sibuk nak pulang ke kampung,di harapkan berhati-hati dijalan raya. Utamakan keselamatan  semoga selamat sampai ke destinasi anda semua..